Wanita Bergelaran Datin Berkhalwat Didalam Kereta Bersama Lelaki "Alim"
Kerana terlalu taksub akan fahaman songsang yang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sendiri sebagai sampah, seorang Datin sanggup mengadakan hubungan dengan lelaki luar yang dianggap 'alim' sebelum ditangkap berkhalwat.
Serbuan pukul 11.50 pagi tempoh hari, datin terbabit bersama pasangannya ditahan ketika tengah 'berasmara' di dalam sebuah kereta di Bandar Sri Damansara. Serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.
Siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya lebih kurang dua tahun kerana mengangap suaminya tidak mengikuti syariat Islam sebenar kerana sering melakukan perbuatan bidaah.
Wanita ini difahaman sering mengikuti pengajian agama di kawasan Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan terlarang dengan teman lelakinya
Difahamkan juga wanita berusia 40an itu mempunyai tiga orang anak berusia 10 hingga 15 tahun dan telah dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.
Beliau menganggap suaminya sampah atau najis kerana mendakwa suaminya banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, doa Qunut dan lain-lain
Wanita ini turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.
Hampir dua tahun wanita ini tidak bersama suaminya, beliau juga turut meminta cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, tetapi kerna sayangkan anak- anak dan perkahwinan,suaminya tetap mempertahankan rumah tangganya.
Saat pasangan ini cekup di dalam sebuah kereta bertinted gelap, mereka sedang asyik berpelukan dengan didapati seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan asetya, dan wanita itu dalam keadaan berpakaian tidak sempurnya dengan hanya memakai singlet.
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan mereka akan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
0 Response to "Wanita Bergelaran Datin Berkhalwat Didalam Kereta Bersama Lelaki "Alim" "
Post a Comment